Kumpulan PUTRA Seni

Kumpulan PUTRA Seni (KPS) ditubuhkan secara rasmi pada 5 Disember 1984. Ia berterusan memanifestasikan agenda sastera-budaya Negara Brunei Darussalam dalam persembahan seni pentas baik di dalam mahupun di luar negara. Relevansinya sebagai sebuah persatuan belia dibuktikan dengan penyertaan golongan belia di dalam kegiatan-kegiatan yang diungkayahkan oleh kumpulan ini. Sebagai sebuah persatuan belia yang bergabung dengan Majlis Belia Brunei, KPS memberikan komitmen penuh terhadap program-program yang dilaksanakan oleh pihak majlis. KPS sering mendapat kepercayaan untuk membuat persembahan di dalam acara-acara rasmi di peringkat kebangsaan malah juga sering menerima undangan dari luar negara untuk mempersembahkan teater dan seni budaya kontemporari. KPS juga pernah diundang untuk mengendalikan bengkel teater di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dengan kapisiti tenaga yang ada, KPS telah meneroka banyak dimensi baru dalam seni persembahan. Ini termasuklah persembahan manifestasi puisi yang dipelopori sejak tiga dekad yang lalu. Apa yang ada di sebalik PUTRA SENI? P: Pentomim, Prolog, Pidato, Pencak Silat. PU: Puisi. T: Teater, Tarian, Tablo, Tatoo. RA: Drama Pentas, Radio dan Televisyen. SENI: Seni budaya yang ditontonkan secara Pentomim, Pencak Silat, Puisi, Teater, Tarian, Drama dan sebagainya yang bersifat keBruneian, keIslaman dan Pendidikan seimbang dengan kepentingan nasional.

COGAN KATA KUMPULAN PUTRA SENI

Isnin, 9 Januari 2012

Sejarah Kelahiran / Birth History

Idea penubuhan sebuah kumpulan yang boleh berhubungan dengan gerak kerja sastera, bahasa dan budaya mula disuntik oleh 5 orang belia yang menuntut di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS) pada awal tahun 1980-an. Mereka ialah

  • Awang @ Muslym bin Haji Md. Yusof.
  • Mahali bin Haji Abd. Rahman (Allahyarham)
  • Julaihi bin Abdullah.
  • Belawan Padan @ Mohd Hazwan bin Abdullah.
  • Pengiran Haji Jamaluddin bin Pengiran Haji Md. Yusof
    Mereka telah menamakan kumpulan itu sebagai Kumpulan PUTRA Seni yang didasari atas berbagai bentuk dan corak kesenian, kebudayaan dan genre sastera seperti sajak, tari dan teater. Semenjak itu, kumpulan ini terlibat aktif dalam berbagai bidang persembahan seni. Pada tahun 1983, ia telah didaftarkan secara rasmi sebagai pertubuhan bebas bukan kerajaan (NGO) dan bersekutu dengan Majlis Belia-belia Brunei.

    Kumpulan ini telah menggilap namanya semasa Festival Drama Kemerdekaan pada tahun 1983/84 ketika menyandang gelar juara bagi Daerah Brunei Muara. Ini telah membukakan tingkap yang luas kepada ahli-ahlinya untuk bergiat bukan saja atas pentas teater tetapi juga drama radio dan televisyen tempatan. 
......................................................................

    The idea of establishing a group which could cope up with literature, language and culture activities was first injected by 5 youngmen who had gone study at Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS) College in early 1980s. They were:
  • Awang@Muslym bin Haji Md Yusof
  • Mahali bin Haji Abdul Rahman
  • Julaihi bin Abdullah
  • Belawan Padan @ Mohd Hazwan bin Abdullah
  • Pengiran Haji Jamaluddin bin Pengiran Haji Md Yusof
    They named the group as Kumpulan Putra Seni which was based on various patterns and forms of arts, culture and literature genres such as poetry, dance and theatre. Since then, the group has participated actively in various field of performing arts. By 1983, it was officially registered as an independent non-governmental organisation (NGO) and affiliated with Brunei Youth Council.


    The group glossed her name during the Independent Drama Festival in 1983/84 when she emerged as a champion for Brunei Muara District. This has opened a wide window to her members to participate not only on stage theatre but also in local radio and television drama. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan