Kumpulan PUTRA Seni

Kumpulan PUTRA Seni (KPS) ditubuhkan secara rasmi pada 5 Disember 1984. Ia berterusan memanifestasikan agenda sastera-budaya Negara Brunei Darussalam dalam persembahan seni pentas baik di dalam mahupun di luar negara. Relevansinya sebagai sebuah persatuan belia dibuktikan dengan penyertaan golongan belia di dalam kegiatan-kegiatan yang diungkayahkan oleh kumpulan ini. Sebagai sebuah persatuan belia yang bergabung dengan Majlis Belia Brunei, KPS memberikan komitmen penuh terhadap program-program yang dilaksanakan oleh pihak majlis. KPS sering mendapat kepercayaan untuk membuat persembahan di dalam acara-acara rasmi di peringkat kebangsaan malah juga sering menerima undangan dari luar negara untuk mempersembahkan teater dan seni budaya kontemporari. KPS juga pernah diundang untuk mengendalikan bengkel teater di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dengan kapisiti tenaga yang ada, KPS telah meneroka banyak dimensi baru dalam seni persembahan. Ini termasuklah persembahan manifestasi puisi yang dipelopori sejak tiga dekad yang lalu. Apa yang ada di sebalik PUTRA SENI? P: Pentomim, Prolog, Pidato, Pencak Silat. PU: Puisi. T: Teater, Tarian, Tablo, Tatoo. RA: Drama Pentas, Radio dan Televisyen. SENI: Seni budaya yang ditontonkan secara Pentomim, Pencak Silat, Puisi, Teater, Tarian, Drama dan sebagainya yang bersifat keBruneian, keIslaman dan Pendidikan seimbang dengan kepentingan nasional.

COGAN KATA KUMPULAN PUTRA SENI

Jumaat, 13 Januari 2012

Perjumpaan Berkenaan Persembahan di Bangar, Temburong

Pihak DBP akan mengadakan satu aktiviti sastera di Bangar, Temburong pada 15hb Januari 2011 ini. Kumpulan Putra Seni juga tidak ketinggalan akan mengadakan persembahan di dalam majlis tersebut.

Hari ini, 13hb Januari 2011, perjumpaan pertama telah diadakan di Pejabat Majlis Belia Brunei, Berakas pada 2.30 petang bertujuan untuk membincangkan persembahan yang akan diadakan pada hari Ahad nanti yang akan diadakan di Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar, Temburong.






Mengikut perbincangan pada petang tadi, telah dimaklumkan kepada ahli-ahli KPS bahawa akan diadakan 2 persembahan iaitu Manifestasi Puisi dan Iqrar +Nyanyian. Lakonan akan dilakukan di dalam persembahan ini.

Sajak dibacakan oleh Asri bertujuan untuk menghayati isi kandungan di dalam sajak itu.
.


Manakala persembahan yang kedua pula ialah Iqrar yang memerlukan semua yang terlibat mesti membuat 5 ayat dan ianya akan dipersembahkan sendiri. Dalam persembahan yang kedua ini semua yang terlibat akan memilih profesyen mereka sendiri dan harus mencipta 5 ayat berkenaan dengan kemerdekaan dan profesyen yang mereka pilih.



..............................
Latihan akan diadakan pukul 4 petang (Sabtu)
Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan