Kumpulan PUTRA Seni

Kumpulan PUTRA Seni (KPS) ditubuhkan secara rasmi pada 5 Disember 1984. Ia berterusan memanifestasikan agenda sastera-budaya Negara Brunei Darussalam dalam persembahan seni pentas baik di dalam mahupun di luar negara. Relevansinya sebagai sebuah persatuan belia dibuktikan dengan penyertaan golongan belia di dalam kegiatan-kegiatan yang diungkayahkan oleh kumpulan ini. Sebagai sebuah persatuan belia yang bergabung dengan Majlis Belia Brunei, KPS memberikan komitmen penuh terhadap program-program yang dilaksanakan oleh pihak majlis. KPS sering mendapat kepercayaan untuk membuat persembahan di dalam acara-acara rasmi di peringkat kebangsaan malah juga sering menerima undangan dari luar negara untuk mempersembahkan teater dan seni budaya kontemporari. KPS juga pernah diundang untuk mengendalikan bengkel teater di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dengan kapisiti tenaga yang ada, KPS telah meneroka banyak dimensi baru dalam seni persembahan. Ini termasuklah persembahan manifestasi puisi yang dipelopori sejak tiga dekad yang lalu. Apa yang ada di sebalik PUTRA SENI? P: Pentomim, Prolog, Pidato, Pencak Silat. PU: Puisi. T: Teater, Tarian, Tablo, Tatoo. RA: Drama Pentas, Radio dan Televisyen. SENI: Seni budaya yang ditontonkan secara Pentomim, Pencak Silat, Puisi, Teater, Tarian, Drama dan sebagainya yang bersifat keBruneian, keIslaman dan Pendidikan seimbang dengan kepentingan nasional.

COGAN KATA KUMPULAN PUTRA SENI

Ahad, 8 Januari 2012

Secebis Nota / Just a Note

    Kumpulan Putra Seni telah menapak jejaknya di atas kanvas perkembangan Teater Brunei sejak tahun 1983 seiring dengan dengan Negara Brunei Darussalam yang hijau menonjolkan diri sebagai sebuah negara merdeka dalam persada dunia antarabangsa. Bertahun lamanya kumpulan ini berjaya hidup segar dan mengukuh diri sebagai sebuah daripada kumpulan teater yang utama di Brunei dan mungkin pasti di rantau ASEAN.

    Kecenderungan dalam membuat gerakan yang segar riang terpikul atas bahu setiap ahlinya dan sokongan yang lumayan daripada beberapa institusi-institusi kerajaan terutamanya Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

   Dari masa ke masa, di sebalik kekurangan infrastruktur fizikal dalam mempamerkan persembahan teater yang padu, kami mengumpul usaha dan fikiran untuk mengatasi setiap hadangan.

..............................................................................


    Kumpulan Putra Seni has marked her foot prints onto the canvas of Brunei Theatre development since 14 years ago - a year coincide with the year of young Brunei Darussalam nation embarked her debut as an independent country in the international globe. For years this group manages to survive and uphold her strength as one of the prominent theatre groups in Brunei and in the ASEAN region probably.

    The tendency in making her cheery young energetic movement relies on her members and an enormous support by several government institutions especially Information Department, Prime Minister Office, Language and Literature Bureau and Cultural Division, Ministry of Culture, Youth and Sports.

   From time to time, despite lacking of physical infrastructure in shaping up a total theatre production, we gather our efforts and thoughts to overcome the circumstances.


Diambil dari laman sesawang KPS yang pertama, http://www.angelfire.com/az/putraseni/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan