Kumpulan PUTRA Seni

Kumpulan PUTRA Seni (KPS) ditubuhkan secara rasmi pada 5 Disember 1984. Ia berterusan memanifestasikan agenda sastera-budaya Negara Brunei Darussalam dalam persembahan seni pentas baik di dalam mahupun di luar negara. Relevansinya sebagai sebuah persatuan belia dibuktikan dengan penyertaan golongan belia di dalam kegiatan-kegiatan yang diungkayahkan oleh kumpulan ini. Sebagai sebuah persatuan belia yang bergabung dengan Majlis Belia Brunei, KPS memberikan komitmen penuh terhadap program-program yang dilaksanakan oleh pihak majlis. KPS sering mendapat kepercayaan untuk membuat persembahan di dalam acara-acara rasmi di peringkat kebangsaan malah juga sering menerima undangan dari luar negara untuk mempersembahkan teater dan seni budaya kontemporari. KPS juga pernah diundang untuk mengendalikan bengkel teater di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dengan kapisiti tenaga yang ada, KPS telah meneroka banyak dimensi baru dalam seni persembahan. Ini termasuklah persembahan manifestasi puisi yang dipelopori sejak tiga dekad yang lalu. Apa yang ada di sebalik PUTRA SENI? P: Pentomim, Prolog, Pidato, Pencak Silat. PU: Puisi. T: Teater, Tarian, Tablo, Tatoo. RA: Drama Pentas, Radio dan Televisyen. SENI: Seni budaya yang ditontonkan secara Pentomim, Pencak Silat, Puisi, Teater, Tarian, Drama dan sebagainya yang bersifat keBruneian, keIslaman dan Pendidikan seimbang dengan kepentingan nasional.

COGAN KATA KUMPULAN PUTRA SENI

Rabu, 4 Julai 2012

Teater PINTU di MASTERA 2012 : Kuala Lumpur

Persembahan: Kumpulan Teater GERAK DBP Brunei

Kerjasama antara Kumpulan Putra Seni dan Dewan Bahasa dan Pusaka, Brunei.

Pemain:

  • Awang Shafiee bin Mostar
  • Awang Seruddin bin Haji Awang Damit
  • Dayang Wathiqah Amirah binti Haji Wasli
  • Dayang Norsusilanita binti Bahari
  • Awang Mohd. Shahrin bin Haji Metussin
  • Awang Haji Osman bin Haji Damit
  • Awang Zulfikri bin Talip @ Haji Ahmad
  • Dayang Rozina binti Haji Salim
  • Awang Muhammad Sallehuddin bin Haji Osman
  • Awang Md. Ardysham bin Haji Abu Bakar
  • Pengiran Kamarudin bin Pengiran Haji Othman
Pengarah: Zefri Ariff Brunei

Sinopsis:

Perhatikanlah masa yang berlalu dengan ketetapan-Nya tanpa memilih ruang tetapi manusia masih bersungguh untuk mengenang dan merenung masa kehidupannya. Ibarat ruang yang berpintu, masa tetap berlalu masuk dan keluar lalu hadir dalam setiap ruang kehidupan. Natijahnya Polan yang berada dalam satu vakum masa terperangkap dan keliru dengan pintu-pintu dan ruang-ruang kehidupan. Tiap-tiap ruang masa yang menciptakan peluang kehadiran berlegar dalam jiwa dan fikir Polan yang mencari kehidupan dalam ruang tidak bepintu. Usia masa tidak dapat diganjakkan ke depan atau ke belakang secara hakiki tetapi pandangan dan perasaan boleh bergerak selari dengan masa yang mengumpul sisa dan baki kehidupan setiap manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan