Kumpulan PUTRA Seni

Kumpulan PUTRA Seni (KPS) ditubuhkan secara rasmi pada 5 Disember 1984. Ia berterusan memanifestasikan agenda sastera-budaya Negara Brunei Darussalam dalam persembahan seni pentas baik di dalam mahupun di luar negara. Relevansinya sebagai sebuah persatuan belia dibuktikan dengan penyertaan golongan belia di dalam kegiatan-kegiatan yang diungkayahkan oleh kumpulan ini. Sebagai sebuah persatuan belia yang bergabung dengan Majlis Belia Brunei, KPS memberikan komitmen penuh terhadap program-program yang dilaksanakan oleh pihak majlis. KPS sering mendapat kepercayaan untuk membuat persembahan di dalam acara-acara rasmi di peringkat kebangsaan malah juga sering menerima undangan dari luar negara untuk mempersembahkan teater dan seni budaya kontemporari. KPS juga pernah diundang untuk mengendalikan bengkel teater di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dengan kapisiti tenaga yang ada, KPS telah meneroka banyak dimensi baru dalam seni persembahan. Ini termasuklah persembahan manifestasi puisi yang dipelopori sejak tiga dekad yang lalu. Apa yang ada di sebalik PUTRA SENI? P: Pentomim, Prolog, Pidato, Pencak Silat. PU: Puisi. T: Teater, Tarian, Tablo, Tatoo. RA: Drama Pentas, Radio dan Televisyen. SENI: Seni budaya yang ditontonkan secara Pentomim, Pencak Silat, Puisi, Teater, Tarian, Drama dan sebagainya yang bersifat keBruneian, keIslaman dan Pendidikan seimbang dengan kepentingan nasional.

COGAN KATA KUMPULAN PUTRA SENI

Isnin, 30 Januari 2012

Perjumpaan KPS @ 29hb Januari 2012

Perjumpaan KPS telah diadakan pada 29hb Januari yang lalu bertujuan untuk membincangkan mengenai aktiviti yang akan diadakan pada 1hb Februari 2012 ini dan juga aktiviti-aktiviti lain yang akan dijalankan sepanjang tahun 2012 ini.




 antara ahli-ahli KPS yang hadir di dalam perjumpaan ini

Ketua 1: Awg Mohd Zefri Arif Bin Mohd Zain Ariff. (FB: Zefri Ariff)

 Ketua 2: Pg. Kamaruddin Bin Pg. Hj Othman. (FB: KamaRul Othman)

Haji Osman Haji Damit (FB: Ushada Sohhia)


Antara perkara yang dibincangkan ialah;

1. Lawatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Azim ke Pusat Belia pada 1hb Februari 2012.
2. Aktiviti-aktiviti KPS yang akan dijalankan di Pusat Belia sepanjang tahun 2012.
3. Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara 2012 di Membakut Sabah pada 8-11 Februari 2012.
4. Semarak Kasturi.
5. Teater Semerah Padi.
6. Projek Hari Kebangsaan.
7. Seminar Industri Kreatif

dan banyak lagi.. :)

Sabtu, 14 Januari 2012

Latihan untuk Persembahan di Temburong.

Latihan telah diadakan di Pejabat Majlis Belia, Berakas pada pukul 4 petang. Di dalam latihan ini masing-masing telah ditentukan watak yang akan dimainkan. Pengunaan props juga dilakukan di dalam latihan ini.

Sajak prosa karya Mahmudamit yang bertajuk "Makna Sebuah Kemerdekaan" akan digunakan di dalam persembahan pertama iaitu Manifestasi Puisi.








Semoga apa yang dirancang hari ini akan dapat dipersembahkan dengan baik di Temburong esok hari...

Jumaat, 13 Januari 2012

Perjumpaan Berkenaan Persembahan di Bangar, Temburong

Pihak DBP akan mengadakan satu aktiviti sastera di Bangar, Temburong pada 15hb Januari 2011 ini. Kumpulan Putra Seni juga tidak ketinggalan akan mengadakan persembahan di dalam majlis tersebut.

Hari ini, 13hb Januari 2011, perjumpaan pertama telah diadakan di Pejabat Majlis Belia Brunei, Berakas pada 2.30 petang bertujuan untuk membincangkan persembahan yang akan diadakan pada hari Ahad nanti yang akan diadakan di Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar, Temburong.






Mengikut perbincangan pada petang tadi, telah dimaklumkan kepada ahli-ahli KPS bahawa akan diadakan 2 persembahan iaitu Manifestasi Puisi dan Iqrar +Nyanyian. Lakonan akan dilakukan di dalam persembahan ini.

Sajak dibacakan oleh Asri bertujuan untuk menghayati isi kandungan di dalam sajak itu.
.


Manakala persembahan yang kedua pula ialah Iqrar yang memerlukan semua yang terlibat mesti membuat 5 ayat dan ianya akan dipersembahkan sendiri. Dalam persembahan yang kedua ini semua yang terlibat akan memilih profesyen mereka sendiri dan harus mencipta 5 ayat berkenaan dengan kemerdekaan dan profesyen yang mereka pilih.



..............................
Latihan akan diadakan pukul 4 petang (Sabtu)
Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.. Amin.

Isnin, 9 Januari 2012

Putra Seni di dalam Media Permata


TABUNG KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR THAILAND DAN CAMBODIA


Bandar Seri Begawan, Sabtu, 12 November - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni AI-Marhum Sultan Omar' Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan penubuhan satu tabung bantuan kemanusiaan yang dikenali sebagai Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir Thailand dan Cambodia. Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan Setiausaha tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama. Manakala ahli-ahlinya terdiri daripada beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Penubuhan Jawatankuasa Tabung ini bertujuan untuk mengumpulkan derma atau sedekah seangkat-angkat hati daripada semua rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam bagi membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-­mangsa di Thailand dan Cambodia. 

Untuk berita penuh sila klik SINI

Pada 15-18hb Disember 2011, Kumpulan PUTRA Seni telah terlibat bersama dengan persatuan-persatuan dan kelab-kelab lain dalam Kempen Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir Thailand dan Cambodia.  Di bawah ialah senarai aktiviti yang dianjurkan oleh KPS dalam masa 4 hari tersebut

1.SAYEMBARA IMPROVISASI PUISI KEMANUSIAAN
TARIKH : 16 DISEMBER 2011 (JUMAAT)
JAM : 2.30 PETANG 


2. PERTANDINGAN SKETSA
TARIKH : 17 DISEMBER 2011 (SABTU)
JAM : 7.30 MALAM

3. EKPLORASI SENI (TREASURE HUNT)
TARIKH : 18 DISEMBER 2011 (AHAD)
JAM : 8.30 PAGI

4. CURHAT UNTUKMU THAILAND DAN SOMALIA sambil menderma seangkat-angkat hati ke tabung KPS.
















Senarai Pementasan KPS sehingga tahun 1998


JUDUL
Title

TAHUN
Year

TEMPAT
Venue
Protes1985Balai Pameran DBP
Aduh!1985Sekolah Menengah Chung Hua
Gala1989Maktab Duli Pengiran Al-Muhtadee Billah
Sukma Nitra1990Dewan Raya RTB
Rapat1991Dewan Raya RTB
Gendang Arik1993Thailand Cultural Centre, Bangkok
Balai1996Dewan Syarmayuda DBP
Garbang1996Dewan Syarmayuda DBP
Turus1997Dewan Syarmayuda DBP
Aduh!1997Dataran Rakis, Universiti Brunei Darussalam
Kaunter1997Brunei International Convention Centre
Papan Tanda1998Brunei International Convention Centre